KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan malam ini berkata kes itu berlaku pada 4.04 petang tadi, dan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek.
Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek disyaki bertindak menikam mangsa di bahagian perut menggunakan sebilah pisau berukuran 26.5 sentimeter (cm).
"Mangsa telah mengalami luka koyakan di perut, cedera di bahu, cedera tangan kiri dan tangan kanan, serta cedera di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Selayang," katanya.
Ahmad Faizal berkata susulan kejadian itu, seorang suspek wanita berusia 31 tahun yang merupakan rakan kakak mangsa, ditahan di sekitar kawasan kejadian kerana dipercayai terlibat dalam kes berkenaan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata hasil semakan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan pihaknya akan memohon tahanan reman ke atas suspek di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu pada esok, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Ahmad Faizal turut meminta masyarakat tampil memberi maklumat kepada pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan kes itu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Seorang wanita tempatan cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, petang tadi. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
Wanita cedera parah ditikam selepas berlaku perselisihan faham - Polis
Seorang wanita tempatan cedera di bahagian perut dan beberapa bahagian tubuh yang lain, disyaki ditikam oleh seorang wanita lain di hadapan rumahnya di Batang Kali, petang tadi.
Wanita cedera parah akibat tong gas memasak meletup, meninggal dunia
Mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 4.19 petang tadi dan perkara itu disahkanya oleh anak tunggalnya.
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.